SEBUAH kereta mewah, Maserati terbakar di Ekspreswe Kallang Paya Lebar (KPE) petang tadi sehingga menyebabkan jalan susur keluar Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) terpaksa ditutup.
Gambar kenderaan berwarna hitam yang berada di lorong paling kiri sepanjang KPE ke arah Tuas di jalan susur keluar PIE itu telah dipos di dalam kumpulan sembang. Ia menunjukkan api marak di bahagian hadapan kenderaan tersebut.






