SETIAP orang di Singapura menjana 11 kilogram sisa elektrik dan elektronik setiap tahun - bersamaan dengan 73 telefon bimbit - tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadapnya.
Akibatnya, hanya 6 peratus daripada 60,000 tan komputer, televisyen, mesin basuh dan peralatan elektronik lain yang dikitar semula oleh pengguna.






