MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, kelmarin menggesa Kongres negara itu supaya meluluskan rang undang-undang yang memberikan pemerintahan sendiri kepada minoriti Muslim Moro negara itu, sambil memberi amaran keruntuhannya akan menyaksikan pemberontak pemisah meninggalkan proses damai dan mengisytiharkan perang lagi.
Kumpulan pemberontak Islam terbesar Filipina, Front Pembebasan Islam Moro (MILF), menandatangani perjanjian damai dengan pemerintah pada 2014 untuk mengakhiri konflik...






