BEKAS perenang negara, Encik Oon Jin Teik, dilantik sebagai ketua eksekutif baru Hab Sukan Singapura semalam.
Encik Oon yang pernah bertanding dalam acara Sukan Olimpik Los Angeles pada 1984 mengisi jawatan tersebut selepas Encik Manu Sawhney yang dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hab Sukan Singapura pada Oktober 2015 meletak jawatan Mei lalu.






