BAGI penumpang yang menaiki kereta api di Laluan Downtown (DTL) menerusi stesen Newton hari ini, mereka perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat berbanding biasa.
Beg dan barangan mereka diimbas menggunakan mesin X-ray dan mereka juga perlu berjalan antara pengesan logam sebelum tiba di pagar tambang dan meneruskan perjalanan mereka.






