ENCIK MASAGOS: Kerja peningkatan bagi pencegahan banjir di lapan kawasan itu dijadual lengkap antara suku ketiga tahun ini dengan suku pertama tahun depan.
SingapuraFeb 6, 2018 | 5:30 AM

Hujan amat lebat punca lapan kawasan dilanda banjir kilat

KERJA-KERJA peningkatan yang sedang dijalankan ke atas sistem saliran di lapan daripada sembilan kawasan yang dilanda banjir kilat bulan lalu tidak menyebabkan banjir berlaku di sana, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Sebaliknya, banjir kilat itu disebabkan oleh hujan yang turun dengan amat lebat, dan "melebihi keupayaan longkang menampung air.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) dan Pengerusi merangkap Ketua Editor Forbes Media, Encik Steve Forbes, semasa Persidangan CEO Global Forbes di Hotel Shangri-La Singapore, pada 8 Oktober.
SingapuraOct 9, 2026 | 4:10 PM

PM Wong: S’pura akan pastikan manfaat penggunaan AI dinikmati secara meluas

Pendekatan Singapura terhadap kecerdasan buatan (AI) adalah untuk memastikan manfaat penggunaan teknologi tersebut dinikmati secara meluas, selain melindungi setiap pekerja berbanding setiap jenis pekerjaan.

Negara ini mampu mencapai matlamat tersebut kerana ia telah membina kesepakatan yang kukuh antara pemerintah, majikan dengan kesatuan tempatan sejak berdekad lalu yang memberi tumpuan kepada manfaat bersama bagi semua pihak, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence...

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han.
MalaysiaOct 9, 2026 | 4:09 PM

Johor mahu lebih banyak SME sertai rantaian bekalan pelabur JS-SEZ

JOHOR BAHRU: Johor mahu mempergiat pemadanan perniagaan antara perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan dengan syarikat besar yang melabur di negeri itu supaya peluang menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat diterjemahkan kepada tempahan, pekerjaan dan peningkatan pendapatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata fasa pembangunan seterusnya perlu memberi perhatian...

The Mad Sailors, fish and chips, kafe halal Singapura, Hayley Ridgewell, Sufi Hassan
Pilihan kaki makanOct 9, 2026 | 4:08 PM

Selepas empat tahun menyepi, The Mad Sailors kembali

Antara kafe halal yang mewarnai landskap kafe di Singapura sedekad lalu, The Mad Sailors pernah menjadi antara nama yang dikenali pengunjung Haji Lane.

Dibuka pada 2016, kafe itu menawarkan makanan asal Inggeris ketika pilihan kafe halal berkonsep moden dan kreatif sedang berkembang di Singapura.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November depan dijangka menyaksikan persaingan sengit, terutama antara Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan negeri ketika ini dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MalaysiaOct 9, 2026 | 3:44 PM

PRN Melaka: Pakatan politik antara penentu kemenangan

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November depan, dilihat penganalisis bukan sahaja sebagai medan ujian buat dua parti utama – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) – mengukur pengaruh dan kekuatan masing-masing, tetapi juga sebagai petunjuk kepada hala tuju kerjasama antara parti politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, yang dijangka berlangsung pada 2027.

Penganalisis turut melihat...

Open Secret, penutupan kedai, Arab Street
Gaya hidupOct 9, 2026 | 3:36 PM

Open Secret tutup 1 Nov apabila tamat tempoh pajakan di Arab Street

Kedai makanan dan minuman (F&B) Open Secret di 60 Arab Street bakal menutup pintunya pada 1 November, apabila tempoh pajakan premis itu berakhir.

Pengasasnya mengumumkan penutupan tersebut menerusi satu video di Instagram Open Secret, sambil menjelaskan bahawa perniagaan itu pada asalnya dimulakan sebagai sebuah konsep percubaan berbentuk sementara (pop-up).

Apa kata Alex Albon tentang ‘sprint’ pertama di GP S’pura?
Play Video

Integrasi AI, kekal relevan sebagai media dipercayai antara hala tuju SPH Media
Play Video

SPH Media kekal komited sedia sumber sokong akhbar bahasa ibunda
Play Video

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video