SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis berkata Korea Utara akan menerima bantuan hanya selepas menunjukkan langkah "yang boleh disahkan dan tidak boleh ditarik balik" terhadap usaha menghapuskan senjata nuklear.
Beliau berkata demikian menjelang sidang Presiden AS Donald Trump bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada 12 Jun ini, menurut laporan akhbar The Straits Times.





