TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) telah meletakkan tabung derma pertamanya di Lapangan Terbang Changi bagi mendekati lebih ramai penderma dalam usahanya mencapai sasaran dana sebanyak $850,000 bagi kempen Ramadan tahun ini.
Tabung derma itu diletakkan di besmen dua di Terminal 3, dekat bazar pra-Ramadan Celebrat3 anjuran RoseValley.





