SYARIKAT penerbangan tambang rendah Scoot kini menawarkan penerbangan ke Berlin, Jerman, empat kali seminggu.
Ini merupakan destinasi jarak jauh ketiga syarikat itu selepas Athens dan Honolulu.
Scoot melancarkan penerbangan pertamanya ke Berlin di Lapangan Terbang Changi hari ini (20 Jun), kata syarikat penerbangan itu menerusi satu kenyataan.
Penerbangan TR734 meninggalkan Singapura sekitar 12.25 pagi dan disambut meriah apabila tiba di...




