LAPANGAN Terbang Changi mengendalikan 5.29 juta penumpang Mei lalu, satu peningkatan 5.8 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu.
Menerusi satu kenyataan hari ini (25 Jun), Changi Airport Group (CAG) berkata pergerakan pesawat meningkat 3.6 peratus bagi sehingga mencapai 32,330 pendaratan dan pelepasan.
Sementara itu, penghantaran kargo melalui udara juga bertambah sedikit, sebanyak 1.8 peratus, sehingga mencapai berat 180,490 tan.




