BEIJING: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik James Mattis, kelmarin menjadi ketua Pentagon pertama melawat China sejak 2014, memulakan lawatan tiga hari dengan matlamat meningkatkan dialog keselamatan dengan Beijing sedang hubungan Sino-Amerika semakin tegang.
Encik Mattis memulakan lawatannya dengan memberitahu Menteri Pertahanan China, Encik Wei Fenghe, bahawa beliau berharap semua perbualannya di Beijing dicirikan oleh dialog "terbuka dan jujur", sebagaimana yang...






