SEKALIPUN gagal memenuhi matlamat awal membawa pulang sekurang-kurangnya dua pingat emas, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (SSF), Sheik Alau'ddin Yaacob Marican, melahirkan rasa bangga dan gembira dengan prestasi anak didiknya di temasya Sukan Asia Indonesia ini.
Dengan seni mempertahankan diri tradisional ini diperkenalkan buat pertama kali dalam sejarah sukan terbesar rantau ini, pesilat negara boleh berbangga menamatkan saingan...





