SERAMAI tujuh daripada 10 pekerja yang diberhentikan kerja dan dibantu oleh sebuah pasukan bertindak yang berdedikasi tahun lalu berjaya mendapatkan pekerjaan baru dalam tempoh enam bulan.
Seramai 9,120 warga Singapura diberhentikan kerja daripada 1,247 syarikat tahun lalu, menurut Pasukan Bertindak bagi Pemberhentian Kerja Secara Bertanggungjawab dan Bantuan Pekerjaan yang berkongsi perangkaan terkini mereka hari ini (19 September).





