Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan bertindak bantu 70% pekerja yang diberhentikan cari kerja baru dalam 6 bulan

Sep 19, 2018 | 5:38 PM
DIBANTU CARI KERJA: Seramai 9,120 warga Singapura diberhentikan kerja daripada 1,247 syarikat pada 2017, menurut Pasukan Bertindak bagi Pemberhentian Kerja Secara Bertanggungjawab dan Bantuan Pekerjaan.
DIBANTU CARI KERJA: Seramai 9,120 warga Singapura diberhentikan kerja daripada 1,247 syarikat pada 2017, menurut Pasukan Bertindak bagi Pemberhentian Kerja Secara Bertanggungjawab dan Bantuan Pekerjaan. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SERAMAI tujuh daripada 10 pekerja yang diberhentikan kerja dan dibantu oleh sebuah pasukan bertindak yang berdedikasi tahun lalu berjaya mendapatkan pekerjaan baru dalam tempoh enam bulan.

Seramai 9,120 warga Singapura diberhentikan kerja daripada 1,247 syarikat tahun lalu, menurut Pasukan Bertindak bagi Pemberhentian Kerja Secara Bertanggungjawab dan Bantuan Pekerjaan yang berkongsi perangkaan terkini mereka hari ini (19 September).

Sekitar 25 peratus daripada mereka bersetuju untuk mendapatkan bantuan pekerjaan termasuk pemadanan pekerjaan selepas menghubungi pasukan bertindak tersebut.

Baki mereka yang diberhentikan itu pula berkata mereka ingin mencari kerja sendiri atau berehat seketika.

Pasukan bertindak itu juga mendapati bahawa 90 peratus syarikat yang memberhentikan pekerja mereka membayar faedah kepada pekerja setempat yang layak tahun lalu.

Mereka yang layak telah berkhidmat dengan syarikat itu selama sekurang-kurangnya dua tahun.

Syarikat yang tidak membayar faedah itu berkata ini antara lain disebabkan masalah kewangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg