JAKARTA: Seorang pengawal trafik udara berusia 21 tahun terus menjalankan tugasnya ketika gempa bumi sekuat 7.5 pada skala Richter melanda Palu, ibu kota Sulawesi Tengah, pada Jumaat (28 Sep) - hingga beliau sendiri terkorban. Encik Anthonius Gunawan Agung, kakitangan perkhidmatan navigasi penerbangan AirNav Indonesia di cawangan Palu, pengawal trafik udara (ATC) bertugas di lapangan terbang Mutiara SIS Al-Jufrie semasa bencana...





