LONDON (ENGLAND): Roberto Firmino menyerlah ketika Liverpool mengakhiri aksi pramusim mereka dengan kemenangan selesa 3-1, ke atas pasukan dari Italy, Torino, di Anfield, awal pagi semalam.
Meskipun dijadual membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham Ahad ini, pengurus Jurgen Klopp telah membariskan pasukan berkaliber selain pemain tunggak turut diberikan masa permainan berharga.





