APABILA Cik Siti Khatijah Ibrahim memilih kerjaya sebagai jururawat psikiatrik yang berurusan dengan pesakit di Institut Kesihatan Mental (IMH) sekitar 17 tahun lalu, keluarga dan teman-teman risaukan keselamatannya.
Pelbagai salah tanggapan tentang keadaan pesakit yang diuji dengan gangguan mental timbul di fikiran.





