Firma aplikasi (app) pengangkutan dari Indonesia Go-Jek, telah mendapatkan kerjasama enam firma kereta sewa untuk membekal kenderaan dan pemandu, sebahagian persiapannya menjelang pelancaran khidmatnya di Singapura bulan depan.
Difahami, pesaing syarikat Grab - yang pelaburnya termasuk firma pelaburan negara Temasek dan gergasi Internet Google - ini, akan berbuat demikian secara sendirian, menurut laporan The Straits Times.





