MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata tindakan iklim perlu diambil dengan segera, secara kolektif dan tersusun daripada pelbagai pihak dunia.
Membentangkan kenyataan nasional Singapura di persidangan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Katowice, Poland, semalam, Encik Masagos turut menekankan komitmen penuh Singapura untuk mencapai hasil kukuh dalam Persidangan ke-24 Pelbagai Pihak (COP-24) ke Konvensyen Rangka...




