IBU bapa gay yang mahu mengambil anak kandung mereka - yang dihasilkan melalui kaedah ibu tumpang (surrogate) - dan menjadikannya anak angkat mungkin menghadapi kesukaran berhujah di mahkamah bahawa mereka tiada niat menentang pendirian Singapura terhadap unit keluarga sama jantina.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, berkata demikian kelmarin menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi menerima rayuan seorang lelaki gay...




