HASAD dengki melenyapkan pahala dan kebaikan kita serta akan mendatangkan murka dari Allah swt.
Begitulah yang dirumuskan oleh Ustaz Drs Ahmad Dahri dalam syarahan 'Akibat Dengki Siapa Yang Rugi Pesanan Nabi Buat Umatnya' di Masjid Al-Islah baru-baru ini sempena projek amal bagi menampung dana cat semula dan prasarana Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau.





