SEBANYAK 13 sesi perbincangan akan diadakan oleh Jawatankuasa Masa Depan Asatizah (Cofa) dengan pelbagai kumpulan dalam masyarakat dari Mac hingga Ogos ini.
Setakat ini, empat sesi perbincangan diadakan dengan mahasiswa Singapura di Kahirah dan Jordan, anggota dari Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan pakar akademik daripada pelbagai pengkhususan.





