SALAH satu daripada acara larian terbesar setempat, Safra Singapore Bay Run (SSBR) dan Army Half Marathon (AHM) tidak akan diadakan tahun ini, kata Tentera Singapura menerusi Facebook pada Sabtu (9 Mac).
SSBR dan AHM dianjurkan bersama oleh Tentera Singapura dan Safra dan bertujuan menggalak gaya hidup sihat dan menjalin persahabatan antara anggota perkhidmatan aktif, anggota perkhidmatan negara dan keluarga mereka.





