Bekas jurulatih Tampines Rovers Akbar Nawas telah mencipta sejarah sebagai jurulatih bola sepak pertama dari Singapura yang memimpin pasukan menjuarai liga profesional di luar Asia Tenggara.
Pasukannya Chennai City, menjuarai I-League - salah satu daripada dua liga utama di India - pada Sabtu (9 Mac), selepas menewaskan Minerva 3-1 di Stadium Jawaharlal Nehri di Tamil Nadu.





