BAITULMAQDIS: Kira-kira 180,000 umat Islam menyertai solat Jumaat di masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur, semalam, sempena Jumaat pertama Ramadan, tahun ini, menurut agensi yang mengendalikan kawasan suci itu.
Jumlah jemaah yang dilaporkan pertubuhan Waqf itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu yang merekodkan 120,000 jemaah untuk solat Jumaat Ramadan pertama.





