JAKARTA: Lebih 100 banduan berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di pulau Sumatera, Indonesia, hari ini, dan insiden terbaru itu menjejaskan lagi imej sistem penjara negara berkenaan.
Menurut polis, insiden itu membabitkan penjara di daerah Siak, Sumatera dan ia berlaku pada awal pagi, selepas berlakunya rusuhan serta kebakaran di pusat tahanan itu.





