WARGA Singapura yang bekerja dalam syarikat yang menawarkan aturan pekerjaan fleksibel kian bertambah, dan majikan kini menawarkan lebih banyak aturan pekerjaan.
Tahun lalu, 72 peratus pekerja bekerja dalam syarikat yang menawarkan sekurang-kurangnya satu jenis aturan kerja fleksibel, seperti pekerjaan separuh masa, waktu fleksibel, atau bekerja secara dalam talian (tele-working), berbanding 70 peratus pada 2017.





