ADALAH lebih baik menghuraikan sebarang pertikaian, seperti yang berhubung kelautan dan ruang udara antara Singapura dengan Malaysia, menerusi rundingan damai, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.
"Perkara paling penting yang diperoleh sejak beberapa minggu lalu, apabila kapal kerajaan Malaysia memasuki perairan Singapura di Tuas, serta keadaan di Seletar dan itu tentang ruang udara, ialah, kita telah mengelak saling bertumbukan,"...





