USTAZAH Sumaiya Mohamed Faiz Maricar yang mewakili Singapura dalam Majlis Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims) 2019 muncul juara dalam kategori 10 Juz.
Beliau mendapat markah keseluruhan 93.42 peratus.





