POLIS menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa menerima wang palsu $50 dan $100.
Ini menyusuli laporan yang mereka terima tentang wang kertas siri potret - yang memaparkan potret presiden pertama Singapura Yusof Ishak - palsu yang digunakan di kedai runcit, restoran dan kedai-kedai antara Mac dengan Mei lalu.





