AUSTIN (Amerika Syarikat): Gambar menyedihkan mayat pendatang El Salvador dan anak perempuannya berusia dua tahun yang lemas dalam sungai Rio Grande di sempadan Mexico-Amerika Syarikat, menunjukkan krisis pelarian semakin meruncing.
Oscar Alberto Martinez Ramirez, 25, dan anak perempuannya, Valeria, ditemui terapung dalam sungai wilayah Mexico, pagi Isnin lalu, selepas lemas di depan isterinya.





