LAPAN orang berusia antara 22 tahun dengan 27 tahun telah ditangkap setelah seorang lelaki berusia 31 tahun mati dek pergaduhan dalam kelab malam di Orchard Towers.
Daripada lapan yang ditangkap, empat lelaki dan seorang wanita akan dikenakan tuduhan bunuh esok, sementara siasatan masih dijalankan terhadap lagi dua lelaki dan seorang wanita, kata polis.





