KUOTA rasmi 900 untuk jemaah haji Singapura tahun ini telah pun dipenuhi, menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) hari ini.
Kesemua 900 anggota jemaah juga telah menghadiri taklimat ibadah haji anjuran Muis dengan sokongan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) di Pusat Konvensyen Suntec City pagi tadi.





