PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Bank Indonesia hari ini (5 November) mengumumkan lanjutan susunan kewangan dua hala bernilai AS$10 bilion ($13.59 bilion) untuk setahun lagi.
Lanjutan itu ekoran persetujuan awal antara Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong di Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia pada 8 Oktober lalu bagi melanjutkan susunan itu buat setahun lagi.






