KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen (AP) Malaysia meluluskan pindaan untuk menurunkan had usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun semalam (16 Julai).
Pindaan itu diluluskan oleh kesemua 211 penggubal undang-undang di Dewan Rakyat, menjadikannya rang undang-undang pertama di Parlimen yang mendapat sokongan semua pihak sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kuasa untuk memerintah negara itu pada Mei tahun lalu.





