DALAM satu lagi kebakaran di flat HDB yang disebabkan e-skuter yang sedang dicas, pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memecah masuk sebuah unit di Bukit Batok semalam (18 Julai) untuk menyelamatkan pasangan yang terperangkap di dalam.
Menurut SCDF, seorang lelaki dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) selepas ditemui dalam keadaan tidak sedar dengan kecederaan dalam flat itu.





