Kadar kesuburan keseluruhan Singapura merosot, sambil usia median ibu yang melahirkan anak pertama meningkat. Biarpun begitu, tinjauan yang dikeluarkan I Love Children (ILC) baru-baru ini menunjukkan bahawa warga Singapura sebenarnya tetap mahukan anak. Namun, sesetengah mendapat bantuan perubatan pada usia yang agak lambat apabila menghadapi kesukaran untuk hamil. Dalam pada itu, kesedaran mengenai kesihatan kesuburan masih berkurangan. Wartawan NUR HUMAIRA...





