SUDAH hampir lebih sedekad, bekas pemandu teksi dan kini pemandu kereta sewa swasta, Encik Henry Ho, 63 tahun, telah menghias keretanya dan memakai pakaian yang diubahsuai sendiri bagi meraikan Hari Kebangsaan.
Beliau berharap inisiatifnya ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta dalam sambutan itu.





