CLARK: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memohon maaf dan berjanji menyiasat permasalahan persiapan pembukaan Sukan SEA, selepas isu layanan di bawah jangkaan, masalah logistik dan prasarana belum siap berlarutan sehingga hari pembukaan rasmi temasya sukan dwitahunan itu.
Rungutan mengenai pengangkutan, penginapan dan makanan semakin banyak, ketika ribuan atlit membanjiri Manila untuk edisi terbesar sukan itu.





