WASHINGTON: Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang baru memberi amaran kelmarin bahawa perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China boleh menyebabkan kerugian sekitar AS$700 bilion ($967.82 bilion) kepada ekonomi dunia menjelang 2020 - atau sebesar ekonomi Switzerland.
Dalam ucapan pertamanya sebagai pengarah urusan, Cik Kristalina Georgieva berkata ekonomi global telah beralih daripada peningkatan selaras dua tahun lalu kepada kelembapan selaras,...






