HONGKONG: Pihak berkuasa lapangan terbang Hongkong telah membatalkan baki penerbangan hari ini (12 Ogos) selepas penunjuk perasaan membanjiri bangunan terminal utama buat hari keempat.
Ini juga gangguan terbesar kepada ekonomi Hongkong sejauh ini sejak bantahan anti-pemerintah mula diadakan pada awal Jun.





