BERAPA banyak istana pernah berdiri megah di Singapura?
Satu, dua atau tiga?
BERAPA banyak istana pernah berdiri megah di Singapura?
Satu, dua atau tiga?
Program latihan berstruktur yang disokong pemerintah dengan tempoh lebih panjang di syarikat sedang dirancang, kata Pemangku Menteri Tenaga Manusia, Cik Jasmin Lau.
Beliau berkata program pelatih seumpama itu dapat melengkapkan lepasan baharu bukan hanya dengan kemahiran untuk memulakan kerjaya, malah bagi melangkah ke anak tangga kerjaya seterusnya dalam sektor yang sedang berkembang.
Cuaca yang tidak menentu, silih berganti antara hujan dan panas terik, tidak mematahkan semangat peminat untuk menyaksikan skuad Singa menguji keupayaan mereka menentang pasukan gergasi bola sepak dunia.
Bagi sesetengah penyokong, pengalaman menyaksikan perlawanan antarabangsa itu bermula jauh lebih awal – lebih tiga jam sebelum wisel permulaan ditiup.
Meskipun pertubuhan seperti PPIS mengalami gangguan terkait dengan komunikasi emel susulan gangguan sejagat sistem Microsoft, pusat-pusat di bawah kendalian badan tersebut kekal beroperasi seperti biasa, kata Penolong Pengarah Infokom Teknologi (IT), Pengurusan Kemudahan dan Perolehan di PPIS, Encik Thariq Aziz Abdul Hamid.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) menerusi pemesejan teks pada 13 November, beliau berkata operasi harian PPIS berjalan seperti...
Sorakan dan tepukan gemuruh peminat bola sepak mewarnai suasana apabila Cabaran Mizuho Blue menghimpunkan empat pasukan kebangsaan – Brazil, Jepun, Paraguay dan Singapura – dalam siri perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan.
Penyokong yang hadir bukan sahaja berpeluang menyaksikan aksi pemain pasukan kegemaran mereka, malah dapat menikmati pertembungan antara pasukan dari empat negara dengan tradisi dan corak permainan tersendiri.
Perkhidmatan e-mel beberapa agensi pemerintah, bank-bank utama dan mahkamah terjejas pada 13 November, menyusuli gangguan sejagat pada sistem Microsoft yang menjejas ribuan pengguna di serata dunia.
Jurucakap Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dalam respons kepada Berita Harian (BH) berkata sistem yang digunakan beberapa agensi pemerintah turut terjejas dan pihaknya sedang bekerjasama dengan Microsoft untuk memulihkan sistem tersebut.





