APABILA saluran Melayu Prime 12 Singapore Television Twelve diubah kepada Suria dua dekad lalu, Cik Sabariah Ramilan yang ketika itu merupakan penerbit eksekutif yang baru dipindahkan daripada saluran Inggeris ke Melayu, merupakan antara yang bertanggungjawab menghasilkan rancangan pelancarannya, Sinaran Suria.
Beliau berhijrah kembali ke saluran Melayu setelah meraih lebih lapan tahun pengalaman menghasilkan rancangan-rancangan bertaraf antarabangsa dalam era 1990-an, antaranya...





