DRAMATIS veteran JA Halim sedang dalam keadaan sangat kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng setelah diserang angin ahmar malam semalam.
Ini disahkan sendiri anaknya, Helmindra, yang mengatakan bapanya itu, 71 tahun, sedang menghadiri mesyuarat dengan Sriwana bersama beberapa rakan artis lain apabila beliau diserang angin ahmar pada sekitar 9 malam semalam (Rabu, 11 Dis).





