KUALA LUMPUR - Penyanyi Sufian Suhaimi telah mencipta puisi untuk Perdana Menteri Sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam buku puisi sulungnya, Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi.
Sufian amat memuji tinggi bakat kepimpinan dan sifat Dr Mahathir walaupun pemimpin negara itu sudah lanjut usia, hingga beliau mencipta puisi bertajuk 'Terima Kasih Tun' (Buat Seorang Mahathir), lapor Berita Harian Malaysia.





