LEBIH 800 penduduk rumah sewa berbilang bangsa di kawasan bandar Singapura disajikan juadah briyani ayam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam.
Dalam satu kenyataan, OurPasar berkata, relawan daripada Ourpasar.com, HindArab dan perkhidmatan masyarakat PEKIK telah mengagihkan sebanyak 850 set bento briyani itu kepada penduduk rumah sewa di Jalan Kukoh, Jalan Minyak, York Hill, Bukit Ho Swee dan Ghim Moh.





