ANAK syarikat milik penuh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Warees Investments Pte Ltd, akan memperuntukkan $700,000 bagi agihan sebagai bantuan kewangan untuk penyewa komersial, golongan susah dan mereka yang memerlukan.
Menurut Warees, $300,000 daripada peruntukan itu akan digunakan sebagai rebat sewa untuk penyewa komersial dan sumbangan bagi pertubuhan kebajikan yang menyediakan bantuan kewangan serta bantuan lain kepada golongan yang menghadapi...




