DAMSYIK: Serangan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan IS di Iraq dan Syria pada 2024 dilihat semakin kerap dan dijangka terus meningkat berbanding 2023, lapor Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon.
Dalam laporan pada 16 Julai, Pentagon melaporkan kebangkitan semula kumpulan pengganas itu, sedekad selepas ia melakukan kemusnahan dan pembunuhan di seluruh rantau tersebut.





