SATU daripada dua pesalah yang dikaitkan dengan serangan pada 10 Mei lalu, di mana mangsa yang cedera ditemui di Bishan, dikatakan telah melakukan kesalahan ketika dibebaskan dengan ikat jamin. Sebelum kejadian pada Ahad, Gervan Wong Jun Heng, 24 tahun, telah diheret ke mahkamah dan telah dikenakan 24 tuduhan bagi kesalahan termasuk mengambil dadah jenis methamphetamine dan dua tuduhan serangan lain....





