ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui berasa dikhianati 'kawan-kawan' di peringkat Pusat dan negeri, sehingga menyebabkan kedudukannya kini tergugat.
Beliau berkata, sepatutnya ketika ini semua pihak menumpukan usaha menangani pandemik Covid-19 dan bukannya sibuk berpolitik termasuk ketika Ramadan.





